Kelas ICT -Microsoft Office Power Point & Whatsapp Web

17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 June yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT - Microsoft Office PowerPoint dan Whatsapp Web bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 2 jam dari pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Peserta merupakan pelajar tingkatan 3 yang tidak mahir menggunakan komputer dan internet. Peserta ingin menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan kerja khusus menggunakan Microsoft Office Power Point. Peserta diajar menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Office Power Point seperti jenis Font, saiz font, penggunaan simbol, Save fail dan banyak lagi. Selain itu, Peserta juga diajar cara untuk mendapatkan gambar dari telefon pintar ke komputer dengan menggunakan Web Whatsapp`. Peserta dibantu oleh pengajar sehingga tugasan beliau selesai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali